Wednesday, March 30, 2011

Mengapa Gua Tiba2 Minat Sama M. Nasir..?



Sifu M. Nasir...? Siapa yang tak kenal... Aaaarrghhhhh... Dulu gua pernah tak puas hati dengan M. Nasir ni apabila beliau telah menjadi juara pada Anugerah Juara Lagu pada tahun 1995 melalui lagu Tanya Sama Itu Hud Hud dan lagu Ghazal Untuk Rabiah pada tahun 1997.. Pada tahun 1999 beliau juara melalui lagu Andalusia tetapi gua tak kisah sangat kerana gua dah tak minat sangat Anugerah Juara Lagu pada tahun tersebut...

Beberapa hari yang lepas gua telah mendownload lagu Bonda dendangan M. Nasir di 4 shared.com.. Maklumlah pada masa tersebut Hari Ibu.. Dulu gua pernah minat pada lagu Bonda ni.. Teringatlah jasa2 & pengorbanan bonda gualah bila menghayati lagu ni betul2.. Jika lagu Bonda ni juara Anugerah Muzik2 pada tahun 1995 gua tak kisahlah sangat.. Ini lagu yang entah apa2 ntah sedangkan banyak lagi lagu yang best masa tu.. Gua harapkah lagu Bukan Aku Tak Cinta masa tu juara tetapi Saleem Iklim tak nyanyi pada masa tu & digantikan oleh Adillalah pulak.. Melodi lagu tu pun diubah & jadi rosak.. Kalau Saleem Iklim sendiri yg nyanyi peluang untuk juara tinggi..

Itu dulu brader.. Gua dah semakin matang sesuai dengan peredaran masa & peningkatan umur.. Tahap kematangan kita haruslah sesuai dengan umur.. Sekarang gua dah dapat menerima hakikat yg M. Nasir memang layak juara pada AJL tersebut.. Sekarang gua sedang dalam proses mendownload apa2 lagu yg ada kaitan dengan M. Nasir di 4shared.com... Tak kisah lagu raya ataupun rentak keroncong daripada M. Nasir, gua hentam saja beb.. Asalkan ada kaitan dengan M. Nasir.. Gua pun selalu karaoke praktis lagu Mustika tetapi versi Saleem Iklimlah.. Bila gua dengar2 balik mana2 lagu daripada M. Nasir ni, lagu M. Nasir ni banyak berunsurkan nasihat & hal2 dunia yang berlaku di sekeliling kita.. Muziknya yang berentak nusantara memang kena dengan jiwa gua walaupun jiwa gua lebih kepada muzik rock.. Apapun genre muzik tersebut ia layak dinikmati & dihormati.. Setiap genre muzik ada peminatnya.. Apapun, sekarang gua jenis universal di dalam meminati sesuatu muzik tetapi tetap lebih kepada muzik rock.. Sekali-sekala gua tetap layan country song, pop, RnB, blues, techno, keroncong mahupun muzik dangdut sekalipun.. Hehehe.. Gua lebih suka menghayati genre muzik tersebut daripada mencaci genre muzik tersebut.. Tepuk dada tanyalah selera beb!

Jika dilihat kepada jasa M. Nasir kepada industri muzik kita bukanlah sedikit.. M. Nasir pernah melahirkan artis yang berbakat seperti Alleycats, Search, Wings, Ella, Ziana Zain, Hattan, Spider, Mawi, Misha Omar dan Dato' Siti Nurhaliza.. Spider & Mawi telah mengalami zaman kemurungannya kerana 'meninggalkan' sifu mereka dengan alasan ingin berdiri di atas kaki mereka sendiri.. Boleh dibayangkan jika sifu kepada XPDC pulak adalah M. Nasir..? Apakah yang akan berlaku...? Imaginekanlah sendiri.. Suatu hari nanti karya2 M. Nasir ni akan mempunyai nilainya yang sendiri sepertimana lagu2 Michael Jackson.. Gua suka hasil karya M. Nasir bersama Loloq.. Lagu yg dihasilkan memang mantap tetapi Loloq dah pergi meninggalkan kita.. Pada gua M. Nasir memang layak digelar sifu.. Anda semua sendiri tahu yang selain daripada pandai mencipta lagu & menyanyi beliau juga pandai berlakon.. Dengan memiliki studio rakaman Luncai Emas Sdn. Bhd. sudah membuktikan yang beliau seorang yang bercita-cita tinggi & ada wawasan dalam hidup..

Apapun, semoga M. Nasir sentiasa sukses di dalam apa jua bidang yang diceburi & memeriahkan lagi industri muzik kita.. Lama juga dah rasanya M. Nasir ni tak mengeluarkan album baru.. Takkanlah ketandusan idea bro.. Album last sekali ialah album Sang Pencinta pada tahun 2006. Rasa2nya mungkin sifu masih lagi sedih akan pemergian rakan seperjuangannya allahyarham Loloq.

Thursday, March 3, 2011

Satu Petang Yang Tension.. Apakah Gua Sengaja Ditipu Ataupun Sengaja Nak Ditipu?????

Sampai sekarang gua masih berfikir.. Fikirkan kejadian petang semalam semasa gua balik dari ofis selepas habis waktu pejabat.. Tiba2 apabila gua sampai di satu persimpangan traffic light, tiba2 gua tiada rasa apa2 semasa menekan gear clutch.. ''Aikkss.. Apasalh pulak ni.. Tak pernah gua mengalami kejadian seperti ni sebelum ni.." Kata gua dalam hati... Ahhhh.. Nasib baik bengkel motosikal tak jauh dari tempat kejadian.. Lebih kurang dalam 100 meter ja.. Gua biasa pakai motosikal turun ke ofis kerana untuk mengelakkan daripada masalah traffic jam.. Itu pun memakan masa 1/2 jam untuk sampai ke ofis.. Nampaknya bandaraya Kuching ni dah macam KL.. Argghhh.. Berbalik kepada cerita tadi, dengan langkah yang pantas gua menuju ke arah bengkel yg berdekatan memandangkan dah lewat petang.. Takut bengkel tutuplah pulak.. Sesampai di sana, gua bertanya kepada pekerja bengkel tersebut.. ''Boss, apa macam ni boss? Clutch gear tak makanlah,'' kata gua... ''Mau tukar tali cluctch ni.. Tetapi, kena tanya tokey dulu sama ada mahu bikin ataupun tidak ooo sebab kedai mau tutup sudah.." Kata pekerja tersebut.. Gua lihat jam tangan gua.. Jam tangan gua menunjukkan pukul 6.10 petang.. Di bahagian luar bengkel nampak masih sibuk lagi.. Masih ada beberapa pelanggan.. Di dalam bengkel pun masih ramai lagi.. Berikut di antara beberapa perbualan antara gua dengan tokey tersebut.

Gua : Tokey, berapa bikin clutch gear..?
Tokey : Sori oooo.. Tidak sempat mau bikin oo.. Kedai mahu tutup sudah..
Gua : Tolonglah tokey.. Macam mana saya mau balik nanti (dalam hati gua berkata, di luar pun masih ada orang bikin motosikal)..
Tokey : Itu saya tau tetapi memang tak dapat o.. Lainlah kalau lu mau tinggalkan moto di sini.. Lama bikin tu o.. Mau 1 jam lebih..
Gua : Tolonglah tokey.. Macam mana saya mau balik nanti.. (Ulang gua lagi) Macam mana saya mau turun kerja besok o..
Tokey : Tak dapat ooo.. Memang tak dapat..

Tokey tersebut terus sibuk melayan pelanggan yang membeli spare part.. Selang beberapa minit gua tanya lagi..

Gua : Apa macam tokey..?
Tokey : Memang tak dapat o..
Gua : Tolonglah tokey.. Gua pun selalu bikin motor di sini ooo..
Tokey : Itu saya tauk looo…
Gua : Tolong sama tolong loooo.. Lu tolong wa, wa tolong lu…
Seorang pekerja (rasa2nya anak tokeylah ni) ada cakap sesuatu sama itu tokey.. Gua tak fahamlah apa yang dia cakap kerana dalam bahasa Cina walaupun datuk gua Cina.. Hehehe…

Tokey : Kalau lu mauk, lu kena bayar gaji mereka oooo.. (Sambil menunjuk ke arah pekerjanya)
Gua : Berapa wa kena bayar..?
Tokey : RM35 termasuk tali clutch..
Gua : Okey..

Pekerja tersebut (Rasa2nya anak tokey ni.. Gua pun taklah kenal sangat) dengan sepantas kilat menukar clutch gear yg rosak tersebut… Gua lihat jam gua.. Jam menunjukkan pukul 6.20 petang.. Siap jam 6.30 petang.. ‘’Tak lama pun bikin ni.. 10 minit ja’’ dalam hati gua berkata… Tak sampai 1 jam setengah pun.. Beberapa pekerja di sekeliling tersebut seakan tersenyum memandang ke arah gua.. Selepas selesai repair motor tersebut, gua mengucapkan terima kasih & sempat juga melakukan aksi mat rempit (aksi up.. tayar depan naik atas).. Arrrrrggggghhhh.. Lega motor gua dah siap.. Sampai saja di simpang nak pergi rumah gua ( 2 km – 3 km dari bengkel tadi) ada 1 lagi bengkel yang masih buka & masih ramai lagi pelanggan.. Hati gua berbisik.. ‘’ Kalau dekat dari bengkel ni tadi, memang gua akan bikin di sini’’… Tetapi apakan daya... Gua hanyalah insan biasa.. Kita hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang menentukan.. <-- Macam kenal ja ayat ni.. Hehe..

Persoalan yang gua nak sampaikan di sini tadi, adakah logik tokey tersebut mengenakan caj tambahan kepada gua walaupun gua bersetuju..????????? Harga tali clutch cuma RM18.00 ja.. Tetapi ditambah dengan gaji buruh RM17.00, jumlah yang gua kena bayar ialah RM35.00.. Cekik darah beb!!! RM1.00 lagi hampir sama dengan harga spare part tersebut.. Kalau diupkan dalam RM5 - RM10 masih lagi diterima akal yang waras.. Tetapi, pada masa tu gua tiada pilihan.. Lagipun gua nak cepat.. Apakah tokey tersebut sengaja mengenakan caj tambahan kepada gua…? Persoalan ni yang sering bermain-main di benak gua.. Maklumlah gua pakai smart2 semasa datang ke bengkel tersebut.. Lagipun dah lewat petang.. Gua tak kisah sangat pasal RM35.00 tersebut sebenarnya.. Lagipun gua baru ja kena nombor ekor… Tetapi, LOGIK atau TIDAK???? Arrrggghhhhhhhhhhh…

Untuk pengetahuan kawan2, workshop ni ada pelik sikit.. Kena bayar dulu baru repair kemudian.. Dalam banyak2 workshop yang ada di Kuching ni, cuma workshop ni ja yang menggunakan konsep sedemikian.. Arrggghhhhhhh... Tak Nak Jadi Soh Chai!!!!!!