Wednesday, March 30, 2011
Mengapa Gua Tiba2 Minat Sama M. Nasir..?
Sifu M. Nasir...? Siapa yang tak kenal... Aaaarrghhhhh... Dulu gua pernah tak puas hati dengan M. Nasir ni apabila beliau telah menjadi juara pada Anugerah Juara Lagu pada tahun 1995 melalui lagu Tanya Sama Itu Hud Hud dan lagu Ghazal Untuk Rabiah pada tahun 1997.. Pada tahun 1999 beliau juara melalui lagu Andalusia tetapi gua tak kisah sangat kerana gua dah tak minat sangat Anugerah Juara Lagu pada tahun tersebut...
Beberapa hari yang lepas gua telah mendownload lagu Bonda dendangan M. Nasir di 4 shared.com.. Maklumlah pada masa tersebut Hari Ibu.. Dulu gua pernah minat pada lagu Bonda ni.. Teringatlah jasa2 & pengorbanan bonda gualah bila menghayati lagu ni betul2.. Jika lagu Bonda ni juara Anugerah Muzik2 pada tahun 1995 gua tak kisahlah sangat.. Ini lagu yang entah apa2 ntah sedangkan banyak lagi lagu yang best masa tu.. Gua harapkah lagu Bukan Aku Tak Cinta masa tu juara tetapi Saleem Iklim tak nyanyi pada masa tu & digantikan oleh Adillalah pulak.. Melodi lagu tu pun diubah & jadi rosak.. Kalau Saleem Iklim sendiri yg nyanyi peluang untuk juara tinggi..
Itu dulu brader.. Gua dah semakin matang sesuai dengan peredaran masa & peningkatan umur.. Tahap kematangan kita haruslah sesuai dengan umur.. Sekarang gua dah dapat menerima hakikat yg M. Nasir memang layak juara pada AJL tersebut.. Sekarang gua sedang dalam proses mendownload apa2 lagu yg ada kaitan dengan M. Nasir di 4shared.com... Tak kisah lagu raya ataupun rentak keroncong daripada M. Nasir, gua hentam saja beb.. Asalkan ada kaitan dengan M. Nasir.. Gua pun selalu karaoke praktis lagu Mustika tetapi versi Saleem Iklimlah.. Bila gua dengar2 balik mana2 lagu daripada M. Nasir ni, lagu M. Nasir ni banyak berunsurkan nasihat & hal2 dunia yang berlaku di sekeliling kita.. Muziknya yang berentak nusantara memang kena dengan jiwa gua walaupun jiwa gua lebih kepada muzik rock.. Apapun genre muzik tersebut ia layak dinikmati & dihormati.. Setiap genre muzik ada peminatnya.. Apapun, sekarang gua jenis universal di dalam meminati sesuatu muzik tetapi tetap lebih kepada muzik rock.. Sekali-sekala gua tetap layan country song, pop, RnB, blues, techno, keroncong mahupun muzik dangdut sekalipun.. Hehehe.. Gua lebih suka menghayati genre muzik tersebut daripada mencaci genre muzik tersebut.. Tepuk dada tanyalah selera beb!
Jika dilihat kepada jasa M. Nasir kepada industri muzik kita bukanlah sedikit.. M. Nasir pernah melahirkan artis yang berbakat seperti Alleycats, Search, Wings, Ella, Ziana Zain, Hattan, Spider, Mawi, Misha Omar dan Dato' Siti Nurhaliza.. Spider & Mawi telah mengalami zaman kemurungannya kerana 'meninggalkan' sifu mereka dengan alasan ingin berdiri di atas kaki mereka sendiri.. Boleh dibayangkan jika sifu kepada XPDC pulak adalah M. Nasir..? Apakah yang akan berlaku...? Imaginekanlah sendiri.. Suatu hari nanti karya2 M. Nasir ni akan mempunyai nilainya yang sendiri sepertimana lagu2 Michael Jackson.. Gua suka hasil karya M. Nasir bersama Loloq.. Lagu yg dihasilkan memang mantap tetapi Loloq dah pergi meninggalkan kita.. Pada gua M. Nasir memang layak digelar sifu.. Anda semua sendiri tahu yang selain daripada pandai mencipta lagu & menyanyi beliau juga pandai berlakon.. Dengan memiliki studio rakaman Luncai Emas Sdn. Bhd. sudah membuktikan yang beliau seorang yang bercita-cita tinggi & ada wawasan dalam hidup..
Apapun, semoga M. Nasir sentiasa sukses di dalam apa jua bidang yang diceburi & memeriahkan lagi industri muzik kita.. Lama juga dah rasanya M. Nasir ni tak mengeluarkan album baru.. Takkanlah ketandusan idea bro.. Album last sekali ialah album Sang Pencinta pada tahun 2006. Rasa2nya mungkin sifu masih lagi sedih akan pemergian rakan seperjuangannya allahyarham Loloq.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment